|
Permintaan kicap semakin
meningkat. Oleh itu, Tuan Haji Mohd. Tamin telah mengambil keputusan untuk membeli
sebuah mesin membotol kicap separuh automatik bagi meringankan beban ahli-ahli
keluarga dan pekerja-pekerja beliau. Tidak lama kemudian, kilang beliau dilengkapkan
dengan sebuah mesin automatik yang boleh mencapai prestasi penghasilan
sebanyak 22,000 botol sehari.
Bagi memasti dan menjamin
kualiti yang sentiasa konsisten, sebuah makmal khas telah didirikan di kawasan
kilang Kicap TAMIN untuk menganalisis dan mengawasi hasil keluaran sos dan kicap. Pada
masa yang sama memenuhi keperluan yang tinggi terhadap kicap bermutu di seluruh
negara.
Kedua-dua kilang di Batu Gajah
dan Kuala Kangsar mempunyai jumlah keluasan kawasan seluas 3 ekar dan mempunyai seramai
250 kakitangan dan perkerja. Dengan menggunakan teknologi moden dan jentera
automatik, kedua-dua kilang ini berkebolehan menghasilkan 80,000 botol sos dan
kicap setiap hari.
Tekan
sini untuk melihat Carta Memproses Kicap Soya!
|