 |
Setelah setahun,
permintaan terhadap Kicap TAMIN melebihi jangkaan.
Kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan
komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang
berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan
secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap
yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar. Demi
memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd.
Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol
sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah
mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan
beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak
jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Semakin
banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga
9,000 botol sehari. Hari ini, Kicap TAMIN boleh didapati di seluruh
Semenanjung Malaysia. |
 |